Aku cukup minat dengan ternak ayam kampung ni, lebih-lebih lagi bila dah membiak banyak... Seronok.. Selain ternak ayam kampung aku juga menjual nye ke pasar-pasar kecil, boleh la juga menjana pendapatan sedikit sebanyak dapat juga rolling duit belanja makanan ayam, lebihnya simpan untuk keperluan lain.
Cara ternakan hanya kecil-kecilan di atas tanah yang luasnya hanya suku ekar sahaja. sudah lebih 4 tahun aku menternak ayam kampung ni. So hasilnya pun Alhamdulillah...
Ayam kampung yang aku ternak adalah jenis kacukan dari ayam kampung biasa dengan ayam siam, saiz nya pun besar sedikit dari ayam kampung biasa...
Proses penetasan telur ayam dengan kaedah pengeraman biasa dan juga pengeraman menggunakan mesin penetasan telur ayam yang aku buat sendiri sahaja...
Pemakanan ayam pula dengan memberi makan jagung ayam dan juga dedak ayam, kadang-kadan bersulam kan dengan padi, bukan apa cuma nak kasi bulu ayam nampak berkilat dan sihat...
Kalau ada yang berminat nak try bela ayam kampung boleh lah mencuba....
Kalau berminat nak beli pun boleh la PM ....
Salam....
No comments:
Post a Comment